Pages

Sunday, June 24, 2012



                       Gua Thur banyak menyimpan sejarah pahit getir Rasullullah dalam menyebarkan dakwah Islamiah ke seluruh umat manusia. Dalam kisah Hijrah Rasulullah dari kota Makkah ke kota Madinah. Rasulullah telah diperitahkan oleh Allah SWT untuk berhijrah pada malam hari, umat Islam pada waktu itu telah berbondong-bondong meninggalkan Makkah dan pergi berhijrah ke Madinah lebih awal, Rasulullah dan Saidina Abu Bakar pula menyusul kemudian. Pada malam hari 26 Safar 1 Hijrah bersamaan(9 September 622) Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar telah meinggalkan rumah baginda dan berhijrah ke Madinah. Sebelum Nabi Muhammad meninggalkan rumah Nabi telah meminta Saidina Ali bin Abi Talib dengan izin Allah untuk menggantikan baginda tidur diatas katil baginda, Nabi Muhammad juga telah membaca surah yasin sebelum meninggalkan rumah, dalam pada itu para pemuda dan pemuka Qurasy yang sedang mengawal rumah Nabi telah tertidur nyenyak beramai-ramai atas kuasa Allah. Tujuan mereka semua mengawal di perkarangan rumah Nabi adalah untuk memastikan mereka dapat membunuh Nabi apabila Nabi keluar menunaikan Solat Subuh.

                                          

 

 

Bersembunyi di Gua Thur


                Menjelang larut malam, Rasulullah SAW keluar tanpa pengetahuan pemuka Quraisy. Bersama-sama dengan Abu Bakar baginda bertolak ke arah selatan menuju ke Gua Thur. Sesampai ke pintu gua, Saidina Abu Bakar akan memasuki dahulu pintu gua, beliau akan memastikan tiada kelibat ular, kalajengking, dan lain-lain binatang atau duri bahaya didalam gua. Sesudah dipastikan tiada binatang dan anasir bahaya, barulah Nabi memasuki gua. Dalam perjalanan malam itu, mereka berdua juga ditemani oleh Abdullah bin Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar). Pada waktu siang hari keesokannya, Abdullah telah meninggalkan mereka dan kembali ke Makkah untuk melihat keadaan di kota Makkah serta mengkhabarkan berita dari Makkah kepada Nabi.
Selain itu terdapat juga beberapa orang yang bertanggungjawab untuk membantu Nabi dan Saidina Abu Bakar sepanjang mereka berdua menyorok di dalam gua. Iaitu:    
   §  Abdullah bin Abu Bakar (anak lelaki Saidina Abu Bakar) - bertanggungjawab memberi khabar dan berita terkini dari kota Makkah.
   §  Aisyah dan Asma (dua orang puteri Saidina Abu Bakar)- bertanggungjawab menyediakan makanan untuk Nabi Muhammad dan bapa mereka Saidina Abu Bakar pada setiap petang.
   §  Abdullah ibn Ariqath - bertanggungjawab untuk berpura-pura mengembala dua ekor kambing di sekitar Jabal Thur, perahan susu kambing dijadikan minuman kepada Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar.
   §  Amir bin Fuhairah - bertanggungjawab menjadi juru pandu bagi Rasulullah dan Saidina Abu Bakar sepanjang perjalanan ke Madinah. Juga membantu Abdullah ibn Ariqath mengembala kambing serta bertanggungjawab menghapuskan jejak kaki Rasulullah dan Saidina Abu Bakar sepanjang perjalanan ke Madinah.
        Pada malam seterusnya Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar telah tidur dalam gua, Nabi telah membaringkan kepalanya diatas peha Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar membiarkan Nabi tidur diatas peha tidak meggerakkan kakinya sedikitpun kerana beliau tidak mahu mengganggu Nabi tidur. Tiba-tiba tapak kaki Saidina Abu Bakar yang dikujurkan itu telh dipatuk oleh ular berbisa. Dalam menahan kesakitan dan kepedihan yang amat atas patukan Saidina Abu Bakar telah menitiskan air matanya, airmatanya telah menitis jatuh ke pipi Rasulullah, lalu membuatkan Rasulullah terjaga dari tidur. Melihat Saidina Abu Bakar menangis, Rasulullah terus bertanya mengapa beliau menangis, Saidina Abu Bakar memberitahu bahawa kakinya telah dipatuk ular sehingga beliau tidak dapat menahan kesakitan akibat patukan itu. Mendengar jawapan itu, Rasululah terus meludahi kesan patukan dan mengusapnya, maka secara langsung kesan patukan hilang serta-merta dan tiada lagi rasa sakit. Kerana mukjizat Rasul suci itu mereka berdua bersyukur atas rahmat Allah.
      Paginya, kelihatan pihak Quraisy berusaha sungguh-sungguh mencari mereka berdua. Pemuda-pemuda Quraisy membawa pedang dan tongkat sambil mundar-mandir mencari ke segenap penjuru. Ketika itu pemuka Quraisy telah bergerak menuju ke gua tempat sembunyi. Lalu orang-orang Quraisy itu terdengar bunyi bising cicak yang datang dari arah gua. Pemuka Quraisy mula syak bahawa adanya orang didalam gua tersebut. Nabi telah membaling batu kearah cicak, dan langsung cicak itu mati. Pemuka Quraisy tetap datang menaiki gua itu, tetapi kemudian ada yang turun kembali. Pemuka berbicara antara sendiri “Kenapa kau tidak menjenguk ke dalam gua?” tanya kawan-kawannya. “Ada sarang labah-labah di tempat itu, yang memang sudah ada sejak sebelum Muhammad lahir,” jawabnya. “Saya melihat ada dua ekor burung merpati hutan membuat sarang di lubang gua itu. Jadi saya mengetahui tak ada orang di sana.”
      Demikanlah kuasa Allah yang maha esa menyelamatkan hambaNya sekelip mata sahaja, jika pemuka-pemuka itu ada yang menjengok ke dalam gua pasti akan melihat mereka berdua didalam. Tetapi orang-orang Quraisy itu makin yakin bahawa dalam gua itu tak ada manusia tatkala dilihatnya ada cabang pohon yang terkulai di mulut gua. Tak ada jalan orang akan dapat masuk ke dalamnya tanpa menghalau dahan-dahan itu. Sesungguhnya Allah telah membuat sesuatu itu dengan sekelip mata tanpa ada yang menduga. Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar tinggal dalam gua itu selama tiga hari tiga malam. ..

Saturday, June 23, 2012


Kisah Rasulullah Selalu Lapar

                                Aisyah R.ha berkata, “tidak pernah keluarga Rasulullah s.a.w kenyang makan roti gandum. Tiga hari berturut-turut sejak beliau datang di Madinah sehingga beliau meninggal dunia.”

Suatu  riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu’aim, Khatib, Ibn Al Najjar daripada Abu Hurairah R.A  dia berkata: “aku pernah datang kepada Rasulullah s.a.w ketika dia sedang bersembayang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya:

“ ya Rasulullah! Mengapa aku melihat  engkau bersembayang duduk. Apakah engkau sedang sakit ya rasulullah? Jawab baginda: “aku lapar. Wahai Abu Hurairah!

Mendengar jawapan baginda itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan baginda itu. Baginda merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: “wahai Abu Hurairah! Jangan menangis, kerana bertanya hisab di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya sentiasa hidup di dunia”

                               

SubahanAllah…
sahabat mari kita sama-sama muhasabah diri. Kita hidup ini rasanya sangat mewah sedang rasulullah sanggup berlapar sehingga sembayang duduk,subahanAllah berlinang air mata ana masa kali pertama membaca kisah ini.. kita sahabat kalau perut lapar tunggu selepas makan dahulu baru melakukan solat kadangkala tidak sanggup untuk melapar..jom sahabat-sahabat semua kita fikir-fikirkan serta renung-renungkan apa yang boleh kita ambil iktibar dari kisah ini…. JJJ


Hadis Kudsi
abu hurairah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Allah swt berfirman, “berinfaklah nescaya aku akan member nafkahkepadamu. Rasulullah kemudian berkata,  “tangan Allah sentiasa berisi penuh dan tidak akan pernah habis meskipun dinafkahkan siang dan malam. Apakah kalian mengetahui apa yang telah dinafkahkan oleh Allah swt sejak Dia menciptakan langit dan bumi? Sesungguhnya apa yang ada dari tangannya tadak akan pernah habis. Singgahsana-Nya ada diatas air, dan di tanganNya ada timbangan.
                                                                                                                ( Hadith Bukhari )

Thursday, June 21, 2012


Penghulu Segala Hari

                Dari Anas R.A Rasulullah S.A.W bersabda: “sesungguhnya datang malaikat Jibril A.S kepadaku dan di telapak tangannya ada cermin putih, lalu malaikat Jibril berkata, ini adalah hari jumaat, Allah telah memfardhukan supaya hari ini menjadi hari raya bagi mu dan umatmu selepas peninggalanmu nanti.”

                Tanya Rasulullah lagi, “ apakah keistimewaannya bagi kami?” jawab malaikat Jibril.” Di dalamnya kamu miliki saat yang paling baik, sesiapa berdoa berdoa bertepatan dengan waktu itu. Maka akan diperkenankan doanya itu.

                Atau pun dia memohon untuk berlindung dari kecelakaan serta memohon keampunan maka Allah akan mengampuni lebih dari itu. Jumaat adalah penghulu dari segala hari.”

                Sabda Rasulullah S.A.W “sebaik – baik hari yang terbit matahari di dalamnya adalah hari jumaat, hari yang di ciptakan Nabi adam, hari dimasukkannya adam ke syurga, juga hari diturunkan Nabi Adam ke bumi dan di hari yang sama juga Allah telah mengampuni segala dosa-dosa Nabi Adam. Nabi adam  wafat juga pada hari jumaat dan hari ini jugalah akan berlakunya hari kiamat. Jumaat pada sisi Allah adalah hari ‘penambahan’ begitu jugalah dengan paara malaikat.”

                                                                   6 kelebihan hari Jumaat

1Berlakunya hari kiamat.
 Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
 Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
 3. Penghulu segala hari.
 Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
 Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
 5. Kebaikan dengan memotong kuku.
 Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
 Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.




Banyakkan beramal pada hari jumaat..
Hari jumaat ini hari yang mulai dari hari-hari yang lain…
Selamat beramal sahabat-sahabat J



Kisah malaikat bersama 3 orang cacat…
                Abu hurairah R.A berkata yang dia mendengar bahawa rasulullah S.A.W bercerita tentang 3 orang cacat dari bani israil. Orang pertama mempunyai penyakit kusta, Kedua berkepala botak, yang ketiga pula buta. Allah menghantarkan kepada mereka malaikat untuk menguji mereka..

                Pertama orang yang mempunyai penyakit kusta malaikat bertanya, “apakah yang paling kamu ingin ”? jawab orang itu, “kulit yang baik serta sembuh dari penyakit. Tetapi alangkah bagusnya kalau aku ada seekor unta.” Malaikat itu mengusap tubuhnya. Maka sembuhlah dia dari penyakit dan memberinya seekor unta bunting serta berdoa semoga Allah memberkatinya.

                Seterusnya, berjumpa lagi dengan orang cacat yang kedua iaitu berkepala botak, “apakah yang paling kamu inginkan?” jawab lelaki botak itu “aku ingin rambut yang lebat. Tetapi alangkah bagusnya kalau aku ada seekor sapi.” Malaikat lalu mengusap kepalanya. Maka tumbuhlah rambutnya dengan lebat dan diberinya seekor sapi bunting serta berdoa semoga Allah memberkatinya.

                Orang yang ke tiga malaikat menanyakan soalan yang sama. Maka jawabnya, “apa yang paling aku sukai ialah semoga Allah mengembalikan penglihatanku dan diberikan aku seekor kambing.” Lalu malaikat mengusap matanya. Maka sembuhlah mata itu dan diberikan seekor kambing bunting serta berdoa semoga Allah memberkatinya.

Setelah lama kemudian, malaikat datang dengan rupa yang sama tetapi dalam keadaan mengemis untuk menguji ke tiga-tiga sahabat yang telah menjadi kaya ini.

Pertama malaikat pergi berjumpa dengan si penyakit kusta. Malaikat pun bertanya milik siapa ka harta mu ini. Lalu penyakit kusta pun menjawab “ini adalah harta peninggalan nenek ku dan hasil daripada usaha titik peluh mereka sendiri. Begitu juga dengan si kepala botak mengatakan harta juga hak milik nenek moyangnya.

Tetapi berlainan pula dengan si buta, apabila malaikat meminta harta daripadanya jawab si buta, “ambillah kambing itu seberapa banyak mana kamu mahu, aku sedikitpun tidak keberatan terhadap apa yang engkau inginkan itu kerana Allah  dan tinggallah bakinya menurut kemahuanmu”.

Lantas jawab malaikat,”jagalah hartamu, kamu sungguh diredhai Allah,sedangkan kedua sahabatmu dimurkai Allah..                                                                                                                                                                                     

Pengajaran untuk kita semua sahabat..fikir dan renung-renungkan balik semua apa yang berada di dunia ini samada kita miliki atau pun tidak ia adalah milik Allah..
SELAMAT MEMBACA DAN SELAMAT BERAMAL…Syukran JJJ

Monday, June 18, 2012


RABI'AH AL ADAWIYAH
Perindu Cinta Allah
Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.
Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.
Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.
Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.
Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.
Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:
“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.
“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.
“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”
Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:
“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”
Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:
“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”
Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:
“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”
Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.
Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:
“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”
Antara syairnya yang masyhur berbunyi:
“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, 
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
 
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
 
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”
Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:
“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”
Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.
“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”
Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!
Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.”
Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:
“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”
Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.
Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.
Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi

Thursday, June 7, 2012


Ayat Al Quran Mengenai Persahabatan: Sahabat Pada Hari Kiamat
(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67)
Hadis Persahabatan: Memilih Kawan
"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad)

Tuesday, June 5, 2012


MARI HAYATI…..
SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA: 
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
2. hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
3. hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
4. adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA: 
1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya
2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA: 
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
1. Hatinya selalu berniat suci
2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah
5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. 

Dari Uthman bin ‘Affan r.a berkata bahawa aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda: Sehari di jalan Allah SWT lebih baik dari seribu hari yang lain. (HR Nasa’i)



SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:
1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'
2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia- sia
3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya
4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'
5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi
6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki
7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan
8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati
SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:
Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya  keletihan itu akan hilang kebaikan yang dilakukan akan terus kekal, dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya seronok itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal..

CAHAYA MUKA NABI S. A. W.

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tangan ku , tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s. a. w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajah mu !

Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihat mu pada hari kiamat?"

Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."

Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"

Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut nama ku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atas ku."

BERDOA

Berkata Al-Barra' r. a. bahawa Nabi s. a. w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."