Pages

Tuesday, July 17, 2012


Bahasa menterjemahkan keperibadian

 Budi itu adalah hati, 
Bahasa itulah hati,

Rupanya boleh dilihati, 

Apabila berlaku budi dan bahasa, 

Itulah kenyataan seseorang,
Baik atau buruk hatinya, 
Setelah berbahasa dan berbudi, 




Bahasa di definisikan ialah suatu cara menyampaikan sesuatu dari satu orang ke yang lain nya dengan cara lisan mahupun tertulis.


Tapi Benarkah Bahasa Mempengaruhi Perilaku Manusia? mempertanyakan bahawa apakah bahasa mempengaruhi perilaku manusia atau tidak? Sebenarnya ada variabel lain yang berada diantara bahasa dan perilaku. Jika i benar, maka terbukalah peluang bahawa belum tentu bahasa yang mempengaruhi perilaku manusia, boleh  jadi realiti atau keduanya.Kehadiran realiti dan hubungannya dengan  lain, yakni bahasa dan perilaku, perlu dibuktikan kebenarannya. Selain itu, perlu juga teliti bahwa istilah perilaku menyiratkan penutur. Istilah perilaku merujuk ke perilaku penutur bahasa, yang dalam erti  komunikasi merangkumi sipendengar, pembaca, pembicara, dan penulis.


bahasa adalah sistem simbol dan tanda. Yang dimaksud dengan sistem simbol adalah hubungan simbol dengan makna. Oleh karena itu ,Dari uraian di atas dapat ditangkap bahwa salah satu cara mengungkapkan makna adalah dengan bahasa, dan masih banyak cara yang lain yang dapat dipergunakan. Namun sejauh ini, apa makna dari makna, atau apa yang dimaksud dengan makna belum jelas. Dan untuk pengetahuan tidak ada bahasa tanpa makna. Sementara makna adalah hasil hubungan bahasa dan yang realiti



Bahasa dan Perilaku Seperti yang telah diuraikan di atas, dalam bahasa selalu tersirat realitii. Sementara perilaku selalu merujuk pada pelaku komunikasi. Komunikasi akan  terjadi jika proses berjalan dengan baik.

Tapi sejauh mana kebenaranya terbukti..

Bahasa sebagai Alat Ekspresi Diri

- Pada awal nya bahasa di gunakan pada anak hanya untuk mengekspresikan diri atau perasaan nya pada sasaran yang tepat dan sasaran awal nya adalah ayah-ibu nya. Namun seiring perkembangan semua itu telah berubah seiring menjadi dewasa nya seseorang. Ketika sudah dewasa maka seseorang akan menggunakan bahasa untuk mengekspresikan diri maupun untuk berkomunikasi dengan sesama. Pada saat menggunakan bahasa sebagai alat untuk mengekspresikan diri, si pemakai bahasa tidak perlu mempertimbangkan atau memperhatikan siapa yang menjadi pendengarnya, pembacanya, atau khalayak sasarannya. Ia menggunakan bahasa hanya untuk kepentingannya pribadi. Fungsi ini berbeza dari fungsi berikutnya, yakni bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi.

Sebagai alat untuk menyatakan ekspresi diri, bahasa menyatakan secara terbuka segala sesuatu yang tersirat di dalam dada kita, sekurang-kurangnya untuk memaklumkan keberadaan kita. Unsur-unsur yang mendorong ekspresi diri antara lain :












Selain dari itu ,Oleh kerana terpengaruh dengan situasi disekeliling kita kadang2 kita hilang kawalan atas emosi yang tercetus dalam diri kita..dan harus anda ingat,masyarakat dapat menilai kita melalui bahasa,kerana bahasa itu mempamerkan peribadi.

Emosi akan jadikan kita tidak lagi disegani, dipandang serong atau kadang2 orang akan cop kita sebagai bodoh dan kehilangan kawan.

Emosi juga bisa mengheret kita kepada kebinasaan di akhirat nanti dengan sebab menterjemahkan emosi kita pada lisan dan perbuatan.. Bahasa yang kita tuturkan,ia dapat mempamerkan peribadi atau attitude seseorang,seperti contoh la kan,,,apabila sesorang yang berbicara dengan kita secara kasar atau ape ya...apa apa jelah yang berkaitan dengan percakapan kasar,melalui bahasa yang digunakan itu kita boleh tahu sifat sesorang.tapi tak semua dapat dijadikan fakta,ada juga perilakunya kasar tetapi dalamannya lembut dan begitulah sebaliknya,,bak kata pepatah,
 “don't judge a book by its cover”.right? :)
Oleh yang demikian

Kita kena ada kekuatan untuk menjadi seorang yang pandai mengawal emosi seterusnya yakinkan diri kita yang kita mampu mengawal emosi diri sendiri.

Jangan sekali2 biarkan diri dikawal emosi, tetapi kita yang mengawal emosi...

BAHASA ASAS KEPADA PENYAMPAIAN DAKWAH

ILMU dakwah itu ibarat ilmu pemasaran dalam perniagaan. Memerlukan kreativiti dan pelbagai ilmu sampingan yang digabungkan bagi menghasilkan tarikan.
Sebelum kesan itu kelihatan, perlu terlebih dulu memikirkan kaedah menarik pandangan manusia dalam membuka pemikirannya dan seterusnya menyampaikan maklumat berguna berupa nasihat dan teguran. 
Dalam sebuah pemasaran perniagaan, penjual cuba dan berusaha walau berbelanja kos jutaan ringgit semata-mata untuk memberitahu produknya wujud di pasaran kepada orang ramai, menerangkan keistimewaannya, mempengaruhi pelanggan untuk ‘bertindak’ membeli dan akhir sekali memastikan jenama produk itu kekal dalam minda pelanggan.

Untuk tujuan itu, strategi dan kreativiti yang sama dengan proses mencari dan mempengaruhi pelanggan perniagaan diperlukan bagi menyebarkan dakwah Islam.

Tidak dinafikan, tidak mudah menyampaikan mesej dakwah, apatah lagi menjadikannya mendapat perhatian dan minat ramai.

Justeru, ilmu dalam teknologi tertentu seperti penggunaan bahasa yang digemari, cara keras, lembut dan berselindung, selain penggunaan dalil atau santai tapi menyengat, melalui ceramah semata atau disertakan bunyian, melalui video dan sebagainya adalah diperlukan.

Menyampaikan dakwah Islam atau sesuatu ilmu menerusi kaedah itu memberi peranan besar untuk menarik kumpulan manusia yang sangat pelbagai minat, kecenderungan dan kebosanan yang pelbagai.

Berdasarkan pengalaman saya, nisbah yang berminat dan punyai kesedaran terhadap Islam adalah sangat kecil berbeza dengan nisbah yang tidak berminat mengetahuinya.

Dalam peratusan kecil itu pula, nisbah sukakan mesej yang disampaikan secara santai lebih besar daripada mesej berat walaupun lengkap dengan dalil.

Daripada jumlah itu pula, nisbah yang gemarkan supaya ia dimuatkan dengan elemen hiburan seperti na- syid adalah jauh lebih besar berbanding kumpulan yang sekadar membaca atau mendengar tanpa hiburan.

Walaupun begitu, kebanyakan kumpulan yang suka mesej yang disampaikan secara hiburan itu sebenarnya melebihi bilangan yang minat terhadap mesej sebenar di dalamnya.

Ini boleh dilihat sendiri bagaimana sambutan besar diberi terhadap individu terbabit dalam bidang nasyid seperti Maher Zain dan Sami Yusuf.

Berbeza dengan sebuah ceramah walaupun dihadiri ulama sebesar Syeikh Yusuf Al-Qaradawi dan Syeikh Wahbah Al-Zuhaily, jumlah yang datang mendengarnya pasti sangat kurang.

Kerana itu, akan kita dapati penceramah yang mampu mempersembahkan ceramah dengan pelbagai teknik tambahan tadi akan lebih berjaya menembusi bilangan pendengar atau penonton lebih besar berbanding yang tidak.

Saya bukan ingin mengatakan ‘yang ini’ lebih baik daripada ‘yang itu’ kerana kedua-dua teknik dan cara punyai nilai dan sumbangan masing-masing.

Justeru, tidak perlu semua orang jadi penceramah lawak, penceramah bernasyid atau juga penceramah ‘berdalil’ dan lengkap dengan rujukan kitab.

Semua ilmuan dan penyampai mesej Islam mempunyai sasaran masing-masing, justeru, tidak semua perlu berlumba-lumba mempersembahkan.

Ada ilmuan yang tidak gundah gulana, walaupun ceramah dan kuliahnya hanya diikuti 20 atau 30 pendengar setia.

Asalkan kefahaman ilmu yang mantap, mendalam dan menjana pemikiran terbaik dapat disemai ke dalam minda dan jiwa pendengarnya. Itulah sasaran dan sumbangannya kepada ummah.

Jadi, kepelbagaian dalam penggunaan teknik ini memang sangat penting bagi menyampaikan mesej atau sesuatu dakwah itu.

Allah SWT berfirman: “... dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang diusahakannya. Dan bahawasanya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya).” (An-Najm, 39-40)

Allah SWT juga menyebut dalam surah Al-Qasas, ayat 56, bahawasanya: “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.”

Malah, Rasulullah SAW juga bersabda: “Jika kamu menjadi asbab (pembawa) kepada seseorang itu mendapat kesedaran dan petunjuk (Islam), ia lebih baik bagimu daripada unta yang paling berharga (simbolik kepada nilai yang sangat tinggi).” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Jika ada penyampai mesej Islam (da’ie) yang mampu sekali sekala bertukar teknik dan mencampuradukkan kaedah penyampaian mereka, tentunya itu adalah sangat baik jika sesuai dengan cara dan pendengar serta penontonnya.

Saya gembira melihat ramai di kalangan ‘da’ie’ yang mampu menulis novel dan cerpen. Melalui kaedah itu, kumpulan individu yang dulunya tidak pernah berjaya ditembusi, kini mungkin mula melihat serta mendengarnya.

Ada yang dulu hanya bergantung kepada ceramah di masjid dan surau, kini dilebarkan menerusi jangkauan blog, website dan atau laman sosial seperti Facebook.

Cabaran untuk menyampaikan mesej ini memang memerlukan kreativiti sebagaimana peniaga yang memikirkan cara menyemat nama produk mereka ke dalam minda pengguna.

Teringat saya kepada beberapa iklan pelik, khususnya dipaparkan menerusi media elektronik di United Kingdom.

Ada iklan yang sengaja dibuat kelihatan bagi jelik kerana menerusinya ia akan diingati, contohnya iklan gocompare.com yang memaparkan lelaki bermisai palsu pelik menjerit-jerit dengan kuat.

Begitu juga iklan insurans Swiftcover yang memapar lelaki tua tanpa baju yang membuat aksi menggelikan. Walaupun menggelikan, mereka berjaya masuk dan kekal di minda pengguna.

Daripada membiarkan teknologi Youtube dipenuhi video mungkar dan tidak berfaedah, lebih baik ia dimanfaatkan dengan ‘membanjirinya’ dengan paparan video yang membawa mesej kebaikan.

Ini sama seperti penggunaan laman sosial Facebook, kerana untuk menentangnya pasti sama seperti melawan arus teknologi yang berkembang bagai tsunami.

Tidak kira sama ada akan membawa kesan atau tidak, namun paling kurang, dengan usaha terbabit, individu yang menggemari hiburan akan menggunakan masanya tidak pada jalan maksiat yang nyata, khususnya apabila dia berada di depan Internet seorang diri.

Bagi saya, itupun sudah merupakan kejayaan kerana kita menyelamatkannya seseorang itu untuk tempoh beberapa minit dengan menyediakan pengisian yang ada manfaat.

Ini kerana, biarpun kecil, tidak mustahil ia menjadi kunci awal kepada sesuatu kesedaran lebih besar dan hanya Allah SWT yang lebih mengetahuinya.

Kesimpulannya, bagi menyampaikan sebarang dakwah, kita perlu menggunakan sebanyak mana kebaikan teknologi masa kini dalam usaha menembusi individu yang kurang berminat dengan jalan dakwah seperti ceramah.

Selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip Islam, perlu kita menerokainya di samping melengkapkan diri dengan pelbagai teknik dalam penghasilan fotografi, video, rekaan grafik, kartun, filem dan permainan video.

Penguasaan ilmu dalam teknologi yang disebut sebagai contoh di atas amat perlu supaya teknik pemasaran dan penyebaran ilmu Islam yang ingin disampaikan mampu menembusi lebih banyak pihak.

Tidak dinafikan ada beberapa caranya yang terdedah kepada kesan antara mudarat dan manfaat.

Namun, gunakan segala teknologi yang ada masa kini bagi menembusi pasaran ummah supaya lebih ramai yang dapat cuba disedarkan dan dapat dirapatkan kepada Islam.



Artikel ini disiarkan pada : 2010/11/07

Tuesday, July 3, 2012

 Cinta Para Sahabat pada Rasulullah , jatuh sakit kerana rindu Rasulullah SAW


Cinta Para Sahabat pada Rasulullah , jatuh sakit kerana rindu Rasulullah SAW
SATU perkara tidak dapat disangkal bagi ahli takwa dan iman, fenomena cinta mereka terhadap Allah SWT, Rasul-Nya dan jihad pada jalan Allah. Fenomena kecintaan ini tidak mungkin dapat disamakan dengan kecintaan lain kerana ia adalah tuntutan iman dan Islam.
Begitu juga seorang Mukmin yang merasai kemanisan iman sudah pasti memiliki akidah bahawa zat Tuhan mencapai tahap kesempurnaan, keindahan dan kebesaran paling agung. Dengan keimanan mantap juga, beliau yakin kaedah berkaitan dengan Tuhan wajib diikuti lantaran kesempurnaan pemiliknya.
Apabila seorang Mukmin itu merasai kemanisan iman dalam hatinya, beliau pasti mencintai Nabi Muhammad SAW kerana Baginda sebaik-baik contoh dan akhlak.
Secara semula jadi, segala kelebihan yang Allah anugerahkan kepada Nabi Muhammad SAW akan menarik perhatian manusia dan menjadi contoh mereka dalam aspek keagamaan, keduniaan dan kemasyarakatan.
Bahkan ada sahabat jatuh sakit jika tidak bertemu Rasulullah SAW dalam tempoh lama.
Diriwayatkan oleh Iman Al-Bughawi, daripada Thauban mawla Rasulullah SAW. Beliau amat mencintai Rasulullah SAW dan kurang sabar dalam hal ini. Pada suatu hari beliau bertemu dengan Rasulullah SAW dalam keadaan yang berlainan.
Maka Nabi Muhammad SAW bertanya kepada beliau: “Apa yang mengubah keadaanmu sebegini wahai Thauban?” Jawab beliau: “Wahai Rasulullah! Aku tidak mempunyai sebarang penyakit. Hanya hati amat merindui apabila tidak dapat melihat dirimu. Kemudian aku terkenangkan hari akhirat. Maka aku khuatir tidak lagi dapat melihat dirimu kerana engkau akan diangkat bersama para nabi. Jika aku dapat memasuki syurga sudah tentu kedudukanku lebih rendah. Sekiranya aku tidak dapat memasuki syurga, sudah tentu aku tidak akan melihatmu lagi.”
Maka turun ayat al-Quran yang bermaksud: “Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama orang yang dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu nabi dan orang siddiq dan yang syahid serta soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang yang taat).” (Surah an-Nisaa’, ayat 69)
Satu persoalan yang perlu diperhatikan, adakah wujud penghalang yang boleh memutuskan fenomena cinta sederhana ini? Sebagai Muslim, selama mana beliau masih lagi istiqamah dengan keimanannya dan patuh setiap perintah syarak, hendaklah sentiasa menjalinkan hubungan dan tidak harus memutuskan persaudaraan.
Berdasarkan kenyataan ini, apabila berlaku perkelahian, permusuhan dan kebencian antara dua orang Muslim, tidak harus bagi mereka memutuskan persaudaraan lebih daripada tiga hari.
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Tidak halal bagi seorang Muslim bahawa dia memutuskan persaudaraan lebih daripada tiga hari.” (Hadis riwayat sahih Bukhari dan Muslim)
Tempoh ini mencukupi bagi dua orang yang bertelagah berdamai. Jika permusuhan itu melebihi tiga hari, maka kedua-duanya berdosa jika permusuhan itu membabitkan kes individu dan sebab peribadi saja. Jika permusuhan itu berkait dengan perkara keagamaan, maka menjadi tanggungjawab seorang Muslim untuk memberi nasihat kepada saudara seagamanya yang sedang melakukan dosa.
Berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Agama itu adalah nasihat.
Kami (sahabat) bertanya, bagi siapa (nasihat itu)? Sabda Nabi Muhammad SAW: Bagi Allah, kitabNya, Rasul-Nya dan bagi pimpinan Muslimin dan keseluruhan umat Islam.” (Hadis riwayat Muslim)
Jika nasihat yang diberikan tidak mendatangkan manfaat sedangkan saudara seagama dalam kemaksiatan dan kefasikan, maka wajib ke atas Muslim itu meninggalkannya kerana Allah walaupun beliau salah seorang dari kaum keluarga atau taulan. Diriwayatkan dalam hadis sahih bahawa Nabi Muhammad SAW meninggalkan sebahagian isteri Baginda selama sebulan untuk mencegah dan mendidik mereka.
Berdasarkan itu, jelas bahawa memutuskan persaudaraan kerana Allah terbahagi kepada dua bahagian permusuhan sementara dalam tempoh tertentu bertujuan untuk mendidik dan permusuhan yang kekal abadi sehingga ke akhir hayat ke atas insan yang melanggar hukum Allah.