Gua Thur banyak menyimpan sejarah
pahit getir Rasullullah dalam menyebarkan dakwah Islamiah ke seluruh umat
manusia. Dalam kisah Hijrah Rasulullah dari kota Makkah ke kota Madinah.
Rasulullah telah diperitahkan oleh Allah SWT
untuk berhijrah pada malam hari, umat Islam pada waktu itu telah
berbondong-bondong meninggalkan Makkah dan pergi berhijrah ke Madinah lebih
awal, Rasulullah dan Saidina Abu Bakar pula menyusul kemudian. Pada malam hari
26 Safar 1 Hijrah bersamaan(9 September 622) Nabi Muhammad dan Saidina Abu
Bakar telah meinggalkan rumah baginda dan berhijrah ke Madinah. Sebelum Nabi
Muhammad meninggalkan rumah Nabi telah meminta Saidina Ali bin Abi Talib dengan izin Allah untuk menggantikan
baginda tidur diatas katil baginda, Nabi Muhammad juga telah membaca surah yasin sebelum meninggalkan rumah, dalam pada
itu para pemuda dan pemuka Qurasy yang sedang mengawal rumah Nabi telah
tertidur nyenyak beramai-ramai atas kuasa Allah. Tujuan mereka semua mengawal
di perkarangan rumah Nabi adalah untuk memastikan mereka dapat membunuh Nabi
apabila Nabi keluar menunaikan Solat Subuh.
Bersembunyi di Gua Thur
Menjelang larut malam, Rasulullah
SAW keluar tanpa pengetahuan pemuka Quraisy. Bersama-sama dengan Abu Bakar
baginda bertolak ke arah selatan menuju ke Gua Thur. Sesampai ke pintu gua,
Saidina Abu Bakar akan memasuki dahulu pintu gua, beliau akan memastikan tiada
kelibat ular, kalajengking, dan lain-lain binatang atau duri bahaya didalam
gua. Sesudah dipastikan tiada binatang dan anasir bahaya, barulah Nabi memasuki
gua. Dalam perjalanan malam itu, mereka berdua juga ditemani oleh Abdullah bin
Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar). Pada waktu siang hari keesokannya, Abdullah
telah meninggalkan mereka dan kembali ke Makkah untuk melihat keadaan di kota
Makkah serta mengkhabarkan berita dari Makkah kepada Nabi.
Selain itu terdapat juga beberapa orang yang bertanggungjawab
untuk membantu Nabi dan Saidina Abu Bakar sepanjang mereka berdua menyorok di
dalam gua. Iaitu:
§ Abdullah
bin Abu Bakar (anak lelaki Saidina Abu Bakar) - bertanggungjawab memberi khabar
dan berita terkini dari kota Makkah.
§ Aisyah dan
Asma (dua orang puteri Saidina Abu Bakar)- bertanggungjawab menyediakan makanan
untuk Nabi Muhammad dan bapa mereka Saidina Abu Bakar pada setiap petang.
§ Abdullah
ibn Ariqath - bertanggungjawab untuk berpura-pura mengembala dua ekor kambing
di sekitar Jabal Thur, perahan susu kambing dijadikan minuman kepada Nabi
Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar.
§ Amir bin
Fuhairah - bertanggungjawab menjadi juru pandu bagi Rasulullah dan Saidina Abu
Bakar sepanjang perjalanan ke Madinah. Juga membantu Abdullah ibn Ariqath
mengembala kambing serta bertanggungjawab menghapuskan jejak kaki Rasulullah
dan Saidina Abu Bakar sepanjang perjalanan ke Madinah.
Pada malam seterusnya Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar telah
tidur dalam gua, Nabi telah membaringkan kepalanya diatas peha Saidina Abu
Bakar. Saidina Abu Bakar membiarkan Nabi tidur diatas peha tidak meggerakkan
kakinya sedikitpun kerana beliau tidak mahu mengganggu Nabi tidur. Tiba-tiba
tapak kaki Saidina Abu Bakar yang dikujurkan itu telh dipatuk oleh ular
berbisa. Dalam menahan kesakitan dan kepedihan yang amat atas patukan Saidina
Abu Bakar telah menitiskan air matanya, airmatanya telah menitis jatuh ke pipi
Rasulullah, lalu membuatkan Rasulullah terjaga dari tidur. Melihat Saidina Abu
Bakar menangis, Rasulullah terus bertanya mengapa beliau menangis, Saidina Abu
Bakar memberitahu bahawa kakinya telah dipatuk ular sehingga beliau tidak dapat
menahan kesakitan akibat patukan itu. Mendengar jawapan itu, Rasululah terus
meludahi kesan patukan dan mengusapnya, maka secara langsung kesan patukan
hilang serta-merta dan tiada lagi rasa sakit. Kerana mukjizat Rasul suci itu
mereka berdua bersyukur atas rahmat Allah.
Paginya, kelihatan pihak Quraisy berusaha sungguh-sungguh mencari
mereka berdua. Pemuda-pemuda Quraisy membawa pedang dan tongkat sambil
mundar-mandir mencari ke segenap penjuru. Ketika itu pemuka Quraisy telah
bergerak menuju ke gua tempat sembunyi. Lalu orang-orang Quraisy itu terdengar
bunyi bising cicak yang
datang dari arah gua. Pemuka Quraisy mula syak bahawa adanya orang didalam gua
tersebut. Nabi telah membaling batu kearah cicak, dan langsung cicak itu mati.
Pemuka Quraisy tetap datang menaiki gua itu, tetapi kemudian ada yang turun
kembali. Pemuka berbicara antara sendiri “Kenapa kau tidak menjenguk ke dalam
gua?” tanya kawan-kawannya. “Ada sarang labah-labah di tempat itu, yang memang
sudah ada sejak sebelum Muhammad lahir,” jawabnya. “Saya melihat ada dua ekor
burung merpati hutan membuat sarang di lubang gua itu. Jadi saya mengetahui tak
ada orang di sana.”
Demikanlah kuasa Allah yang maha esa menyelamatkan hambaNya
sekelip mata sahaja, jika pemuka-pemuka itu ada yang menjengok ke dalam gua
pasti akan melihat mereka berdua didalam. Tetapi orang-orang Quraisy itu makin
yakin bahawa dalam gua itu tak ada manusia tatkala dilihatnya ada cabang pohon
yang terkulai di mulut gua. Tak ada jalan orang akan dapat masuk ke dalamnya
tanpa menghalau dahan-dahan itu. Sesungguhnya Allah telah membuat sesuatu itu
dengan sekelip mata tanpa ada yang menduga. Rasulullah SAW dan Saidina Abu
Bakar tinggal dalam gua itu selama tiga hari tiga malam. ..