Kisah malaikat
bersama 3 orang cacat…
Abu
hurairah R.A berkata yang dia mendengar bahawa rasulullah S.A.W bercerita
tentang 3 orang cacat dari bani israil. Orang pertama mempunyai penyakit kusta,
Kedua berkepala botak, yang ketiga pula buta. Allah menghantarkan kepada mereka
malaikat untuk menguji mereka..
Pertama
orang yang mempunyai penyakit kusta malaikat bertanya, “apakah yang paling kamu
ingin ”? jawab orang itu, “kulit yang baik serta sembuh dari penyakit. Tetapi
alangkah bagusnya kalau aku ada seekor unta.” Malaikat itu mengusap tubuhnya.
Maka sembuhlah dia dari penyakit dan memberinya seekor unta bunting serta
berdoa semoga Allah memberkatinya.
Seterusnya,
berjumpa lagi dengan orang cacat yang kedua iaitu berkepala botak, “apakah yang
paling kamu inginkan?” jawab lelaki botak itu “aku ingin rambut yang lebat.
Tetapi alangkah bagusnya kalau aku ada seekor sapi.” Malaikat lalu mengusap
kepalanya. Maka tumbuhlah rambutnya dengan lebat dan diberinya seekor sapi
bunting serta berdoa semoga Allah memberkatinya.
Orang
yang ke tiga malaikat menanyakan soalan yang sama. Maka jawabnya, “apa yang
paling aku sukai ialah semoga Allah mengembalikan penglihatanku dan diberikan
aku seekor kambing.” Lalu malaikat mengusap matanya. Maka sembuhlah mata itu dan
diberikan seekor kambing bunting serta berdoa semoga Allah memberkatinya.
Setelah lama kemudian, malaikat
datang dengan rupa yang sama tetapi dalam keadaan mengemis untuk menguji ke
tiga-tiga sahabat yang telah menjadi kaya ini.
Pertama malaikat pergi berjumpa
dengan si penyakit kusta. Malaikat pun bertanya milik siapa ka harta mu ini.
Lalu penyakit kusta pun menjawab “ini adalah harta peninggalan nenek ku dan
hasil daripada usaha titik peluh mereka sendiri. Begitu juga dengan si kepala
botak mengatakan harta juga hak milik nenek moyangnya.
Tetapi berlainan pula dengan si
buta, apabila malaikat meminta harta daripadanya jawab si buta, “ambillah
kambing itu seberapa banyak mana kamu mahu, aku sedikitpun tidak keberatan
terhadap apa yang engkau inginkan itu kerana Allah dan tinggallah bakinya menurut kemahuanmu”.
Lantas jawab malaikat,”jagalah
hartamu, kamu sungguh diredhai Allah,sedangkan kedua sahabatmu dimurkai
Allah..
Pengajaran untuk kita semua
sahabat..fikir dan renung-renungkan balik semua apa yang berada di dunia ini
samada kita miliki atau pun tidak ia adalah milik Allah..
SELAMAT MEMBACA DAN
SELAMAT BERAMAL…Syukran JJJ
No comments:
Post a Comment