Kisah Rasulullah Selalu Lapar
Aisyah
R.ha berkata, “tidak pernah keluarga Rasulullah s.a.w kenyang makan roti
gandum. Tiga hari berturut-turut sejak beliau datang di Madinah sehingga beliau
meninggal dunia.”
Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu’aim,
Khatib, Ibn Al Najjar daripada Abu Hurairah R.A
dia berkata: “aku pernah datang kepada Rasulullah s.a.w ketika dia
sedang bersembayang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya:
“ ya Rasulullah! Mengapa aku
melihat engkau bersembayang duduk. Apakah
engkau sedang sakit ya rasulullah? Jawab baginda: “aku lapar. Wahai Abu Hurairah!
Mendengar jawapan baginda itu, aku
terus menangis sedih melihatkan keadaan baginda itu. Baginda merasa kasihan
melihat aku menangis, lalu berkata: “wahai Abu Hurairah! Jangan menangis,
kerana bertanya hisab di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya
lapar di dunia jika dia menjaga dirinya sentiasa hidup di dunia”
SubahanAllah…
sahabat mari kita
sama-sama muhasabah diri. Kita hidup ini rasanya sangat mewah sedang rasulullah
sanggup berlapar sehingga sembayang duduk,subahanAllah berlinang air mata ana
masa kali pertama membaca kisah ini.. kita sahabat kalau perut lapar tunggu
selepas makan dahulu baru melakukan solat kadangkala tidak sanggup untuk
melapar..jom sahabat-sahabat semua kita fikir-fikirkan serta renung-renungkan
apa yang boleh kita ambil iktibar dari kisah ini…. JJJ
Hadis Kudsi
abu hurairah
meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Allah swt berfirman,
“berinfaklah nescaya aku akan member nafkahkepadamu. Rasulullah kemudian
berkata, “tangan Allah sentiasa berisi
penuh dan tidak akan pernah habis meskipun dinafkahkan siang dan malam. Apakah
kalian mengetahui apa yang telah dinafkahkan oleh Allah swt sejak Dia
menciptakan langit dan bumi? Sesungguhnya apa yang ada dari tangannya tadak
akan pernah habis. Singgahsana-Nya ada diatas air, dan di tanganNya ada
timbangan.
(
Hadith Bukhari )
No comments:
Post a Comment